Wednesday, May 30, 2012

Hidayah, Rezeki dan Jodoh

Hidayah, rezeki dan jodoh. Ketiga-tiga perkara ni semuanya terletak di dalam tangan Allah swt. Semuanya bergantung kepada Allah swt.

Tapi kalau kita tak mencarinya, adakah kita akan jumpa hidayah kita? rezeki kita? jodoh kita?

Ada satu "quote" jumpa kat tumblr, facebook, blog-blog yang kata:
"Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan. Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hakikat hidayah itu perlu dicari, bukannya jatuh ke riba."
Saya rasa ayat di atas sedikit "misleading". Saya rasa bukan setakat hidayah yang kita perlu berusaha keras mencari, rezeki juga perlukan usaha keras dan jodoh itu termasuk dalam rezeki, bukan? Rezeki yang halal ye.

Allah akan ketemukan hidayah, rezeki dan jodoh kita, kalau kita betul-betul berserah kepada ketentuan Allah swt dan pada masa yang sama usaha mencarinya. Kerana ketentuan Allah swt perlukan usaha. Bukan semua benda akan jatuh ke riba.

Kalau lah jodoh tu betul di tangan Allah. Kenapa ada sahaja mereka yang tidak berkahwin? Betulkah ayat mereka kerana "tiada jodoh" atau disebabkan mereka memang tidak mahu berkahwin dan tidak mahu mencari pasangan. Ramai sahaja yang kata mahu ada suami/isteri tapi hanya bergantung kepada kata-kata dan doa kepada Allah tetapi pada masa yang sama tiada usaha untuk mencari. Adakah itu salah Allah swt?

Daripada pengalaman, saya dapati mereka yang tidak berkahwin, majoritinya memang kerana mereka tidak mahu berkahwin. Jadi, bagi saya, sebahagian kecil keputusan yang ditetapkan di dunia ini untuk kita, terletak di tangan kita juga. Allah swt hanya membimbing supaya kita dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan juga diredhai oleh Allah swt.

Saya baru habis tonton bual-bicara oleh Yasmin Mogahed tentang Cinta, Perkahwinan, Memilih pasangan hidup. Dia mengatakan bahawa perkahwinan itu adalah kenderaan untuk kita ke syurga. Jadi hidayah juga boleh dijumpa melalui perkahwinan, tidak? Jadi tidak kah perlu kita mencari jodoh itu juga?

Wallahualam.

Kalau ada yang tidak setuju, saya terima kritism dan komen-komen kalian semua dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. ;)

*Please watch the video on Love, Marriage Selecting Your Life Partner by Yasmin Mogahed. It is very heart-enlightening. =)

No comments: