Saturday, May 24, 2008

i could never get it..

this was a letter from "a medical student" who is currently studying in UM, kL written to BERITA HARIAN.. read it, and maybe you'll find it funny... i took it from a senior's blog

MELALUI ruangan ini, ingin saya mengutarakan pendapat. Mengapa perlu menghantar pelajar cemerlang STPM atau SPM keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sedangkan kita mempunyai universiti tempatan yang dahulunya setaraf Oxford apabila mengeluarkan pelajar perubatan? Kerajaan membelanjakan banyak duit untuk menaja pelajar perubatan di luar negara. Pada pendapat saya, kerajaan mengalami lebih kerugian daripada keuntungan. Pertama, kos untuk melahirkan pelajar perubatan di luar negara memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk seorang pelajar. Ditambah lagi kenaikan elaun kepada 28 hingga 84 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2008 dengan kebanyakan pelajar perubatan menerima 84 peratus kenaikan berikutan meningkatnya kos sara hidup pelajar secara keseluruhan. Kedua, kajian daripada ahli akademik dan juga doktor tempatan mendapati graduan luar negara tidak kompetitif, tidak mesra pada pesakit dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kes klinikal contohnya, ambil darah, pemeriksaan perubatan.Ini adalah jelas kerana di negara di mana mereka belajar, pelajar perubatan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh pesakit, tidak seperti di negara kita. Ketiga, pelajar perubatan keluar menjadi doktor pelatih dan belum tentu dia akan menjadi pakar apalagi ketua jabatan. Lebih baik menaja pelajar dalam bidang jurusan lain kerana dengan kos yang banyak itu, kita mampu melahirkan lebih banyak jurutera, peguam, akauntan dan mereka ini mungkin akan keluar menjadi ketua eksekutif (CEO) di sesebuah syarikat besar berkaitan kerajaan. Keempat, graduan luar negara tidak berterima kasih pada kerajaan. Malah, bukan saja menjadi pembangkang di sana dan menghasut pelajar lain di sana, malah ada yang tidak balik ke Malaysia selepas tamat belajar demi mengejar gaji yang lumayan di luar negara.Sepatutnya kita menghantar pelajar yang berjaya ini ke universiti dalam negara agar kita tidak lagi membazir menghantar pelajar perubatan yang berasakan diri ini terlalu bagus. Kelima, kita sudah terlalu banyak universiti atau kolej yang melahirkan pelajar perubatan. Kalaulah alasan kerajaan yang kita kekurangan doktor, maka dengan ini kita perlu menghantar pelajar luar negara, jelas sekali ia satu kata-kata yang tidak tepat sedangkan kita mempunyai lebih kurang 15 universiti tempatan awam dan swasta yang melahirkan purata 150 graduan perubatan setahun, bersamaan dengan lebih daripada 2,000 hingga 3,000 doktor setiap tahun.Adalah lebih baik menaja semua pelajar perubatan yang berada di institusi pengajian tinggi ini kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM200,000 dan juga melahirkan doktor yang benar-benar berkualiti. Barulah selepas ini kita tidak lagi mendengar kes bayi tangan putus dan sebagainya. Ingin saya jelaskan, kita sebenarnya bukan kekurangan doktor cuma doktor yang tidak mahu ke hospital yang jauh dari bandar. Kita sepatutnya meniru negara jiran Singapura, kerana mereka tidak menaja pelajar perubatan ke luar negara kerana sedar ia tidak akan memberi keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat.

MAHASISWA BIASA,
Fakulti Perubatan,Universiti Malaya.
Surat Pembaca - Berita Harian, 06/05/08

I could never really get the mind of these kind of people.. i find them somewhat - close minded.. do please leave your comment on this.. hehe.. check out the "SENIOR'S" BLOG.. he has some really good insight and comments on this so-called "MAHASISWA BIASA".. LOL~

2 comments:

Unknown said...

:)

ade blog yer si ana ni ek :)

Anna Mohamed Amin said...

hahaha! kantoi lak..